Sunday 13 October 2013

Have Fun!! :D

Assalamualaikum..Maaf  sebab dah lama tak post dlm blog nie.  so, hari ini aku nak share je lukisan yg aku dah lukis sepanjang aku study kat sana, bukan semuanya aku share just mana yang aku rasa nak share itu aku letak lah . Nasib baik sekarang ini tengah cuti raya Haji baru laa ada feel nak post kalau tak, jangan harap aku nak post. Btw Selamat Hari Raya Aidiladha. Tanpa melengah-lengahkan masa, ini antaranya lukisan or sketch aku yang agak segak sikit laa.. hahaha



Yang ini sebenarnya adalah sketch yang aku kena lukis masa lecture tapi tak berape nak menjadi pulak. Tapi, takpe just kene banyakkan practise lagi. Untuk pengetahuan semua, setiap lukisan yang kitaorang lukis ada nama or maksud  yang tersendiri . Contohnya macam lukisan tangan ini, actually lecturer subjek ini nak kitaorg lukis gambar tangan dalam bentuk 3D tapi kena gunakan garisan. So, untuk nampakkan tangan ini menjadi 3D kitaorang kena pandai la gunakan garisan. 


Yang ini adalah lukisan yang kitaorang kena lukis untuk subjek element dan prinsip rekaan.Nama lukisan ini sebenarnya Doodle mesti ramai yang dah tahu kan. Time lecturer kitaorang suruh buat doodle nie, laju jer tangan aku ini nak conteng2 atas kertas, dan hasilnya inilah!

Lukisan ini namanya Typography. Jangan ingat kitaorang belajar melukis asyik nak melukis jer, kitaorng pun kena tahu makna setiap benda yang kitaorang buat ini. Sebab ada seorg lecturer dalam subjek creative drawing ini pernah cakap, "supaya setiap apa yang kamu lukis itu kamu boleh terangkan kat orang lain dan kamu dapat buktikan kat orang lain bahawa setiap yang kamu lukis itu ada makna tersendiri". Nanti takdelah diorang ingat kitorang lukis dengan membuta tuli pulak.


Hah, kat bawah ini adalah doodle aku time cuti raya haji ini, ini adalah latihan semata2 takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia ok. So, have fun laa. Kalau ada sesiapa nak komen ape2 ke suruh perbaiki lukisan ini komen je, no offence dari pihak aku. Aku reda je.. hehe















Yang gambar teropong itu sebenarnya homework dedulu, tapi aku letak je lah yer ok. Sekian untuk entri kali ini. bye.